Assalamu'alaikum w.b.t.
1. Alumni akan mengadakan kem professionalisma utk MPP Shams pada 8-10 Januari 2009. Perlukan bantuan kewangan untuk menjayakan program tersebut. Program akan diadakan di Kuala Berang dan peruntukan dari pihak Shams adalah RM400. Kita masih belum cukup RM700. Bagi sesiapa yang mampu memberi sumbangan atau tahu sumber untuk bantuan kewangan,contact sdr ashraf ramli, pengarah program (0133428675).
2. Alumni Shams akan diperkasakan semula. Kami perlukan tenaga baru terutamanya yang sudah bekerja untuk menggerakkan organisasi. Terima Kasih.
Wassalam.
Assalamu'alaikum w.b.t.
Setelah sekian lama sepi, saya cuba menguatkan diri untuk menulis sedikit sebanyak bagi memastikan blog ini tidak bersawang. Pada dasarnya, seperti yang disebut sebelum ini, blog ini diwujudkan untuk mencetus semangat untuk membantu adik-adik pelajar dan guru-guru di Shams, especially guru-guru yang tidak henti-henti berusaha menjaga suasana Shams agar tidak dirosakkan oleh anasri-anasir yang negatif.
So, saya perlukan bantuan rakan-rakan alumni untuk bantu menceriakan dan meng'update' blog ini dengan isu-isu Shams yang perlukan perhatian dan bantuan semua ataupun isu-isu yang perlu dikongsi bersama sebagai seorang alumni.
1. Siapa yang merasakan dirinya dapat membantu, sila tampilkan diri. Kita semua bertanggungjawab terhadap blog ini kerana ia milik kita semua. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang masih mempunyai sumber untuk mengetahui sebarang perkembangan di Shams, samada mempunyai adik, kawan, rapat dengan cikgu, atau selalu ke Shams .
2. Kalaupun rasa tak nak terlibat dalam pengurusan blog ini, boleh juga berkongsi dengan meletakkan perkongsian anda di bahagian 'comment'.
3. Buat pengetahuan semua, cikgu Adnan masih berusaha untuk memantapkan dan memartabatkan MPP yang diwujudkan di Shams pada tahun 2006. Usianya nak masuk 4 tahun, namun adik-adik MPP dilihat masih terkapai-kapai dalam sistem MPP ini. Pernah dicadangkan untuk dimansuhkan MPP oleh pimpinan MPP sendiri. Bagi mereka yang ingin membantu, bolehlah berbincang dengan cikgu Adnan untuk mengemaskini sistem MPP ini. Di pihak alumni, pada 8-10 Januari akan dianjurkan kem untuk MPP oleh beberapa alumni untuk membantu mereka sedikit sebanyak yang mampu.
Akhir kata, give your name if you want to involve in this blog management.

Assalamualaikum
Untuk memastikan blog ini hidup, saya ingin meminta pendapat dari semua tentang isi yang perlu di masukkan ke blog ini. Takkan nak tunggu ada program alumni baru nak letak something kat blog kan.
Pada pendapat saya, saya akan meletakkan perkara-perkara berikut:
1. Perkembangan program-program alumni di Shams.
2. Isu-isu di Shams yang diperolehi daripada adik2 atau guru2 Shams.
3. Tazkirah2 bulanan.
4. Isu-isu pelajar sekolah di seluruh Malaysia.
Saya meletakkan harapan untuk memastikan blog ini mempunyai sekurang-kurangnya 3 posts setiap bulan.Sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan. Persatuan yang berjaya hanyalah persatuan yang mengkritik dan di kritik untuk maju kehadapan. Kerana mengkritik dan di kritik adalah permulaan kepada kelahiran persatuan yang hebat.
Wassalam
Assalamu'alaikum
Ramai dah mula bertanya dan mintak update blog ni. Saya tengah usahakan untuk buat laporan atau artikel tentang gathering hari tu, tapi saya sendiri tak dapat nak pergi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Jadi, saya sedang menunggu artikel daripada adik-adik di Pusat Asasi UIAM yang menguruskan majlis tersebut. Mereka baru sahaja selesai peperiksaan akhir sem baru-baru ini. InsyaAllah akan saya usahakan secepat mungkin.
Dalam masa yang sama, saya belum melantik group yang akan menguruskan blog ini buat masa ini. Saya sendiri memang tak dapat nak berikan perhatian sangat untuk blog ni kerana saya sendiri pun ada blog untuk diuruskan dan ada tanggungjawab lain.
Itu sahaja buat masa ni. Maaf atas segala kesulitan ye.
Wassalam.
Assalamu'alaikum
Saya bercadang untuk meletakkan link ke blog2 ex-Shamsians krn stakat yang cari,ramai jugak sebenarnya ex-Shams yang mempunyai blog @ web. Jadi, minta keizinan lah dari semua ya.
Saya akan buat je dulu link tersebut mengikut batch SPM, tapi kalau tak setuju, just bagitahu dan saya akan buang semula link yang berkenaan.
Wassalam
Assalamu'alaikum
Pada tahun 2006, Gathering Aidilfitri Alumni Shams ke-1 (SHAMS – ReUNITED) telah diadakan pada 28/10/2006, manakala pada tahun 2007 Gathering Aidilfitri Alumni Shams ke-2 (SHAMS – ReUNITED) telah diadakan pada 16/10/2007
Maka, InsyaAllah Gathering Aidilfitri Alumni Shams kali ke-3 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 03/10/2008 (3 Syawal)
Hari: Jumaat
Masa: 2.30 pm hingga 4.30 pm
Tempat: Dewan Gemilang Shams
1. Urusan kehadiran untuk lepasan SPM '00 hingga '03 akan diuruskan oleh Wan Muhammad Hakimi,SPM '04 (IIUM Gombak student, 0133005910)
2. Urusan kehadiran untuk lepasan SPM '04 akan diuruskan oleh Mohammad Imran Ahmad,SPM '04 (IIUM Kuantan student, 0136280583)
3. Urusan kehadiran untuk lepasan SPM '05 hingga '07 akan diuruskan oleh Saiful Mat Amin, SPM '05 (CFS IIUM PJ student, 0136284021)
4. Untuk yang '99 ke bawah amat diharapkan agar dapat sebar2kan dan maklumkan kehadiran anda di blog ini (just reply di bahagian bawah posting ini)
5. Untuk yang sudah bekerja, boleh juga menghubungi Ustazah Rahimah Embong (Lecturer CFS IIUM PJ, 0122607727)
Minta semua sebar2kan maklumat ini dan sahkan kehadiran di blog ini (nama, kerja/universiti, phone no).
Wassalam.
Assalamu'alaikum
Mungkin ada pihak yang tertanya-tanya kenapa pihak Alumni Shams hanya mampu untuk membuka laman blog.Kenapa tak buka laman web?Ataupun tak usahakan YGroup? Ataupun apa-apa bentuk yang lain.
Sebenarnya, kami mewujudkan blog ini kerana blog adalah medium paling mudah untuk dilayari,dibaca dan berkongsi idea berbanding Group2 @ Circle2 yang memerlukan Login (menyebabkan sesetengah orang malas nak join) ataupun web dan portal yang memerlukan kendalian oleh individu yang mahir dan rajin. Berdasarkan pengalaman dan tinjauan, banyak portal-portal dan group alumni yang sudah 'mati', tiada perkembangan.
Kelebihan blog; mudah untuk diupdate dan tak memerlukan kemahiran yang tinggi. Dan mudah untuk dilayari, just click alumni-shams.blogspot.com, akan terpampanglah blog ini dan aktiviti-aktiviti atau perkembangan terkini akan dapat diketahui dengan mudah. Itu sahaja. Ianya tidak mempunyai function-function yang complicated. Maka, dalam masa yang terdekat,kami akan mencari beberapa individu yang akan bertanggungjawab terhadap blog ini dari kelompok yang sudah bekerja dan masih bergelar mahasiswa.
Wassalam.
Assalamu'alaikum
Alumni Shams sebenarnya telah lama ditubuhkan oleh beberapa lepasan-lepasan awal Shams. Presiden pertama hingga kini adalah Encik Mohd Afandi bin Saleh dan nama yang digunakan sejak dahulu adalah "Persatuan Bekas-bekas Pelajar Shams" dengan singkatannya "Ex-Shams".
Sebenarnya,peranan ex-Shams amat penting untuk menabur bakti kepada pelajar dan guru yang masih berada di Shams sekarang.Banyak aktiviti yang telah dianjurkan oleh beberapa ex-Shams terutama program-program untuk pelajar. Yang terbaru adalah "Kursus Kepimpinan Pengawas Shams '08" yang telah dianjurkan oleh ex-Shams batch SPM '04 dan '05 pada 27/06/2008 yang lalu. Beberapa hari sebelum kursus tersebut dianjurkan motivasi dan perkongsian pelajar oleh Unit Kaunseling (cikgu Rahman) dan ada ex-Shams yang turut dijemput. Kursus kepimpinan yang serupa juga telah dianjurkan pada pertengahan tahun 2005 oleh ex-Shams batch SPM '03 dan '04.
Pada tahun 2006 hingga 2007 juga terdapat beberapa program anjuran ex-Shams yang mensasarkan pelbagai kelompok pelajar, samada pelajar biasa mahupun kelompok pengawas sekolah dari 4 badan utama.
Kesimpulannya ,insya Allah setiap tahun pasti ada sekurang-kurangnya 1 program anjuran alumni Shams untuk pelajar. Jadi,pihak Alumni sebenarnya mengharapkan lebih banyak aktiviti yang dapat dianjurkan oleh ex-Shams samada diuruskan oleh mereka yang masih bergelar mahasiswa mahupun yang sudah di alam pekerjaan.
Buat masa ini, presiden ex-Shams (Encik Afandi bin Saleh) sedang menyambung pelajaran di luar negara dan yang menguruskan ex-Shams buat masa ini adalah Ustazah Rahimah Embong (lecturer di Pusat Asasi UIAM PJ, 0122607727). Sebarang masalah boleh hubungi beliau ataupun saya (Mohammad Imran Ahmad, SPM '04, Pelajar Perubatan UIAM Kuantan, 0136280583)

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengizinkan untuk Alumni mewujudkan perhubungan maya ini.Moga-moga blog ini bakal memberikan nafas dan rentak baru buat alumni Shams untuk lebih maju kehadapan.
Nama blog ini (alumni-shams.blogspot.com) dipilih kerana nama asal yang dicadangkan (alumnishams.blogspot.com) telah digunakan oleh seseorang tapi malangnya blog tersebut tidak aktif langsung.Justeru, kami di pihak alumni mengharapkan pemilik blog tersebut untuk delete blog tersebut kerana mungkin akan memberikan gambaran yang tidak elok kepada Alumni sekiranya ada di kalangan ex-Shams yang buka blog tersebut,tapi bukan blog ini.
Sebenarnya,blog ini diwujudkan setelah melihat kepada ketiadaan tempat rujukan buat lepasan-lepasan Shams untuk mengikuti keadaan dan perkembangan sekolah. Justeru, Alumni mengharapkan semua pihak termasuk pelajar,guru,kakitangan dan semua ex-Shams untuk memberikan idea dan berkongsi apa sahaja di ruangan yang disediakan dalam blog ini.
Sila kunjungi juga link-link yang kami letakkan walaupun ada yang tidak aktif.Namun, pasti ada sedikit manfaat daripada web2 yang telah diwujudkan oleh individu-individu yang sentiasa mengambil inisiatif untuk hidupkan Alumni Shams.
Wassalam.
-Mohammad Imran Bin Ahmad, wakil j/k Alumni Shams. (013-6280583)
Subscribe to:
Posts (Atom)