Siapa Ingin Membantu?

Assalamu'alaikum w.b.t.

Setelah sekian lama sepi, saya cuba menguatkan diri untuk menulis sedikit sebanyak bagi memastikan blog ini tidak bersawang. Pada dasarnya, seperti yang disebut sebelum ini, blog ini diwujudkan untuk mencetus semangat untuk membantu adik-adik pelajar dan guru-guru di Shams, especially guru-guru yang tidak henti-henti berusaha menjaga suasana Shams agar tidak dirosakkan oleh anasri-anasir yang negatif.

So, saya perlukan bantuan rakan-rakan alumni untuk bantu menceriakan dan meng'update' blog ini dengan isu-isu Shams yang perlukan perhatian dan bantuan semua ataupun isu-isu yang perlu dikongsi bersama sebagai seorang alumni.

1. Siapa yang merasakan dirinya dapat membantu, sila tampilkan diri. Kita semua bertanggungjawab terhadap blog ini kerana ia milik kita semua. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang masih mempunyai sumber untuk mengetahui sebarang perkembangan di Shams, samada mempunyai adik, kawan, rapat dengan cikgu, atau selalu ke Shams .

2. Kalaupun rasa tak nak terlibat dalam pengurusan blog ini, boleh juga berkongsi dengan meletakkan perkongsian anda di bahagian 'comment'.

3. Buat pengetahuan semua, cikgu Adnan masih berusaha untuk memantapkan dan memartabatkan MPP yang diwujudkan di Shams pada tahun 2006. Usianya nak masuk 4 tahun, namun adik-adik MPP dilihat masih terkapai-kapai dalam sistem MPP ini. Pernah dicadangkan untuk dimansuhkan MPP oleh pimpinan MPP sendiri. Bagi mereka yang ingin membantu, bolehlah berbincang dengan cikgu Adnan untuk mengemaskini sistem MPP ini. Di pihak alumni, pada 8-10 Januari akan dianjurkan kem untuk MPP oleh beberapa alumni untuk membantu mereka sedikit sebanyak yang mampu.

Akhir kata, give your name if you want to involve in this blog management.

Wassalam.

1 comments:

Ibnu Zaid said...

jom tolong sekolah kita..hahaha

Copyright © 2009 - Hidupkan Tradisi Alumni - Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template || Jackster ||