Bila Nak Update Nih?!..



Assalamu'alaikum

Ramai dah mula bertanya dan mintak update blog ni. Saya tengah usahakan untuk buat laporan atau artikel tentang gathering hari tu, tapi saya sendiri tak dapat nak pergi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Jadi, saya sedang menunggu artikel daripada adik-adik di Pusat Asasi UIAM yang menguruskan majlis tersebut. Mereka baru sahaja selesai peperiksaan akhir sem baru-baru ini. InsyaAllah akan saya usahakan secepat mungkin.
Dalam masa yang sama, saya belum melantik group yang akan menguruskan blog ini buat masa ini. Saya sendiri memang tak dapat nak berikan perhatian sangat untuk blog ni kerana saya sendiri pun ada blog untuk diuruskan dan ada tanggungjawab lain.
Itu sahaja buat masa ni. Maaf atas segala kesulitan ye.
Wassalam.

0 comments:

Copyright © 2009 - Hidupkan Tradisi Alumni - Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template || Jackster ||