Anjuran Solat Hajat

Salam alayk..

Sebagaimana yang semua sedia maklum keadaan Ust Mohd Nor Besar,
ayuh kita jayakan saranan tnia,

tnia: pasal ustaz 2..kalu xd mase nk melwt,mehla same2 mayng hjt.ana arap antum wat la neh.salam.jaga iman beq2 sume.takbir!


1. Doakan kesihatan Ust Mohd Nor Besar
2. Doakan kesihatan guru2 di SHAMS, yang telah bersara @ bertukar
3. Doakan kesejahteraan roh guru2 yang telah pergi
4. Doakan kejayaan pelajar2 SHAMS
5. Doakan kesihatan Alumni2 sekalian

Kepada yang mampu menziarah sampaikan salam alumni sekalian kepada Ust Mohd Nor Besar, syukran

Wallahua'lam

Ustaz Mohd Nor koma

Pukul 1.30 petang, saya dan saudara Amir Asyraf pergi ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Hasrat dihati ingin menziarah Ustaz Mohd Nor Besar (guru pakar Al-Quran) yang dah lima hari koma.

Sampai je pada aras tiga, kelihatan guru-guru Shams - Ustazah Hanita, Teacher Shafizahnoor, Cg Hasnani dan lain-lain guru baru yang ku tak kenal. Alhamdulillah lama dah tak jumpa guru-guru, dapat juga jumpa walaupun tak plan.

Sementara menunggu giliran masuk, kami sempat bersembang dan bertanyakan perkembangan sedikit sebanyak. Huhu, sebak lak rase bila teringat balik zaman sekolah-sekolah dulu. Huk huk

Kami paling last dapat masuk melawat. Masa tu masa melawat dah tamat (pukul 2.10 pm). Sempat jugak la menjenguk keadaan ustaz. Apa yang saya tau, saluran darah ustaz dijangkiti virus dan ustaz koma tiba-tiba pada hari Jumaat (22 Jun) lepas.

Keadaan ustaz semacam normal dari luar - masih lagi kedengaran hembusan nafasnya walaupun penuh dengan wayar-wayar yang bersambung ke badan. Bagaimanapun, saya doakan semoga ustaz cepat sembuh.

Buat kawan-kawan ex-shams semua. Sila-sila la melawat ustaz ye di CCU Tingkat 3 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Paling kurang pun jenguk la muka. Paling malas pun, sama-sama la kita berdoa ke hadrah Illahi agar ustaz cepat sembuh.

Muhammad Irsyaduddin bin Rozali
SPM batch 2006
12.38 am
27th Jun 2009.

Bancian Yahoo! Group Baru


Bismillah,

pertamanya ana mohon sahabat2 alumni husnu zhan dengan ana,
insyaAllah semua yang ana usahakan bukan untuk kepentingan diri ana dan ana cuba untuk dapatkan kebaikan untuk kita semua. Sebarang kesilapan ana mohon maaf dan tlg maklumkan untuk ana perbaiki syukran.

1. Pemilik Yahoo! Group yang sedia ada tidak memberi sebarang balasan berkenaan post ana sebelum ini,

2. Ana tidak dapat hubungi mana-mana pemimpin tertinggi Alumni untuk bincangkan perkara ini.

3. Jadi ana buka kepada sahabat2 untuk beri pandangan sama ada wajar untuk kita wujudkan Yahoo! Group baru yang lebih aktif dan spam-minimum.



Kegunaan Yahoo! Group:

ana hanya listkan beberapa yang terlintas sekarang.

1. newsletter blog - untuk memaklumkan sebarang perkembangan baru di blog.

2. pengumuman2 penting seperti aktiviti alumni, kutipan derma dan sebagainya.

3. lain2 yang dirasakan wajar



Pilihan untuk Alumni sekalian:

1. Wujudkan Yahoo! Group baru

2. Gunakan yang sedia ada (ana sebenarnya lebih suka untuk gunakan yang sekarang kerana jumlah ahli yang telah ramai - 111 orang, tapi ana secara peribadi tidak akan menyertai kerana tidak mahu membuang masa mendelete spam2 yang tidak ditapis)

3. Tidak gunakan Yahoo! Group dan hanya fokus kepada blog. (ini pilihan yang agak kurang bijak - pandangan peribadi)



Harapan:

1. Berikan komen walau sekadar 'Saya Pilih 1/2/3'

2. Sumbangkan tenaga untuk blog alumni, tenaga kerja admin sekarang tidak mencukupi untuk mengaktifkan blog.



Khas: Berkenaan Website Baru.

1. Masih belum diputuskan.

2. Ana menerima baik komen ibnuahmad, diharap lebih banyak komen diberikan sahabat2 alumni untuk memutuskan status website baru.


Wallahua'lam

Maklumat Pertukaran Subdomain Website

Makluman penukaran subdomain website alumni.

http://alumnishams.via.my

*ini hanya redirection link

sedikit penjelasan:

1. subdomain sebelum ni http://alumnishams.jackster.my adalah default subdomain kerana hosting jackster.my (hosting peribadi ana) yg ana gunakan.


2. bukan x mampu sponsor domain n hosting untuk alumni, tapi perlu lihat beberapa faktor:

a. ana belum dapat pengesahan dari semua admin n alumni untuk menggantikan blogspot ini dengan website yang baru, sebab itu ana belum promosikan, post sebelum ini sekadar meminta pandangan dan menunjukkan contoh website, tapi oleh kerana tiada respon (kecuali dari kak su) maka ana hanya menunggu maklumbalas dari AbuIffah yang merupakan ketua admin.

b. ana x boleh nak bank in duet ke pihak webhosting sebab masalah mesir yang memang susah nak buat money transfer.

c. adalah satu pembaziran jika alumni tidak manfaatkan betul2, jadi ana anggap website yang sekarang sebagai percubaan, jika benar2 dihidupkan, baru ana akan usaha mencari sponsor dan hosting yang sesuai.


3. subdomain sekarang, http://alumnishams.via.my hanyalah redirection link yang ana framekan dengan http://alumnishams.jackster.my , mengapa ana tidak gunakan redirection link ini sebelum ini?

a. kelemahan dari sudut trafik & SEO
b. x pernah terfikir akan timbul isu jika gunakan subdomain yang ada nama ana, ana bukan gile name ye


4. kerana urusan sebeginilah ana lebih suka jika ana tahu dengan setepat-tepatnya organisasi alumni, memudahkan urusan.

Maaf sebarang kelemahan ana menguruskan blog ini, ana sekadar mahu menghidupkan alumni yang dah jauh ketinggalan di belakang alumni lain (ALKIS - Alumni Kisas contohnya, AMAL - Maahad Muhammadi dan sebagainya).

Jangan besarkan isu yang tidak perlu, fokus kepada berkongsi ke arah memantapkan alumni, untuk kebaikan adik2 di SHAMS. Hantarkan artikel2 dan perkongsian ke emel alumnishams.

Sekadar perkongsian.

Wallahua'lam

Yahoo! Group & Organisasi Alumni

Salam alayk...

Perkara Pertama:

Perhatian kepada pemilik Yahoo! Group (YG) Alumni SHAMS, ana amat berharap akh dapat isytiharkan pemilikan YG tersebut (maklumkan di sini maklumat diri akh).

Beberapa komen:

1. YG tersebut amat banyak spam, ana secara peribadi takot nak join.
2. YG itu seakan tidak dimanfaatkan sebaiknya.
3. Dengan pengwujudan blog ini, adalah lebih baik jika diselaraskan maklumat di dalam YG dengan maklumat2 di sini agar lebih tersusun.

Ana akan menunggu sehingga hujung minggu ini (23/5/2009) maklumbalas dari akh, jika tiada ana akan buat bancian untuk wujudkan YG Alumni yang baru.


Perkara Kedua:

Ana amat berharap Pengerusi Alumni atau mana2 ahli majlis tertinggi (Bendahari, Setiausaha, Timbalan) agar dapat berikan organisasi Alumni SHAMS yang telah berdaftar dengan pihak sekolah.

Ini amat perlu kerana kami di pihak admin agak terkapai-kapai membuat sebarang keputusan berhubung pengurusan blog ini. Ia juga penting untuk sebarang urusan rasmi melibatkan alumni.

Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai organisasi Alumni SHAMS diharap agar dapat membantu.

Syukran, wallahua'lam.

*Komen di sini @ Emel ke alumnishams[at]yahoo[dot]com

Penting! Website Baru ALUMNI

Salam alayk..

Perhatian kepada semua Admin, ana telah membuat sebuah laman web khas untuk Alumni, bertujuan menggantikan blog ini.

http://alumnishams.jackster.my/

Mengapa Perlu Bertukar?

1. Blogspot amat tidak relevan kerana fungsi yang begitu terbatas.

2. Kemudahan Forum dapat dimanfaatkan di laman web.

3. Ana akan memberi tunjuk ajar 100% kepada semua admin, (akan diusahakan tutorial bergambar di bahagian forum insyaAllah).

*Ini sekadar cadangan, namun amat berharap dipertimbangkan sewajarnya.

*Website ini masih di peringkat percubaan, ana akan siapkan jika mendapat persetujuan semua admin dan alumni.

*Sistem yang digunakan adalah PHP-Fusion, sama seperti Iluvislam, mudah untuk ditadbir.

Wallahua'lam

Siapa Lagi Ingin Membantu?

Assalamu'alaikum w.b.t

Saya mula merasakan tak terkejar untuk menguruskan blog alumni Shams. Then, saya cuba mencari jalan alternatif bagaiman untuk memastikan blog ini terus update dengan isu2 yang sesuai.

OK. oleh yang demikian, saya perlu persetujuan semua sahabat2 alumni.

Untuk blog ini, saya nak buka untuk sebarang artikel yang berkaitan dengan kita sebagai penduduk bumi amnya dan penduduk Malaysia khasnya.

1. So, bagi saya, sebarang artikel yang bermanfaat, boleh diletakkan di blog ini.

Contoh:

1. Pengalaman di luar negara.
2. Analisis ekonomi dunia dan Malaysia.
3. Keadaan umat Islam di negara2 yang berdepan konflik.
4. Gejala sosial Malaysia.
5. Sambutan2 utama dalam Islam.

Dan lain2 lagi. Jika artikel tersebut diambil daripada mana2 laman web atau blog, sila nyatakan SUMBER RUJUKAN.

2. Saya sentiasa membuka ruang untuk mereka yang merasakan ingin membantu untuk update blog alumni. Jika berminat, sila nyatakan email anda, dan saya akan invite.

3. Saya yakin, kebanyakan daripada saudara2 yang ingin membantu mungkin tersepit antara blog sendiri dan blog alumni. Itulah jua yang saya hadapi. Sukar untuk menguruskan dua blog dalam satu masa. Pasti ada salah satu yang tercicir. Jadi, sebarang tulisan dalam blog masing2 yang dirasakan sesuai, just POSTKAN DALAM BLOG ALUMNI.

WaLlaahu'alam.

by: Mohammad Imran Ahmad

Keputusan SPM Terengganu meningkat

petikan drpd Utusan Malaysia Online..

KUALA TERENGGANU 12 Mac - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu meningkat sedikit apabila 11,166 orang daripada 22,878 calon lulus semua mata pelajaran iaitu peningkatan 0.25 peratus berbading 10,171 orang pada tahun 2007.

Bilangan calon yang memperoleh keputusan 1A+2A dalam semua mata pelajaran juga meningkat iaitu 295 orang berbanding 157 orang pada tahun 2007 iaitu peningkatan sebanyak 87.9 peratus.

Pengarah Pendidikan negeri, Ariffin Embong berkata, calon yang memperoleh kombinasi keputusan 1A hingga 6C dalam semua mata pelajaran yang diambil juga meningkat kepada 3,782 orang berbanding 2,926 pada tahun 2007.

''Gred purata bagi Terengganu adalah 5.27 berbanding 5.44 pada tahun 2007 dan pengecilan nilai ini menunjukkan pencapaian prestasi keseluruhan SPM di negeri ini semakin meningkat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, 26 daripada 82 mata pelajaran yang diambil calon di Terengganu menunjukkan peningkatan manakala 30 mata pelajaran termasuk dua yang baru iaitu Pembinaan Domestik dan Bahasa Perancis mencatatkan kelulusan 100 peratus.

Beliau memberitahu, lima daripada enam mata pelajaran teras pula menunjukkan peningkatan iaitu Bahasa Melayu (1.2 peratus), Bahasa Inggeris (3.74 peratus), Sejarah (5.78 peratus), Matematik (5.05 peratus) dan Sains (3.69 peratus).

Katanya, enam sekolah mencatatkan keputusan SPM terbaik dalam kategori masing-masing iaitu SM Sains Kuala Terengganu (99.07 peratus), SMK Mak Lagam (99.32 peratus), SMKA Sheikh Abdul Malek (98.16 peratus) dan SM Imtiaz Dungun (99.34 peratus).

Sekolah lain adalah SMK Teja Putra (80 peratus) dan SMK Rantau Petronas (91.38 peratus).


-Suhaila Sulaiman-

Isu PPSMI

BsimiLlaahi Wal HamduliLlaah.

Sekadar memetik ulasan seorang professor.

_____________________________________________
Tak perlu mencari jalan berliku pertahan PPSMI

Prof Dr Awang Sariyan

Saya bersyukur akhirnya pernyataan hati nurani rakyat yang prihatin kepada kedudukan dan peranan dan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara, sebagaimana yang dimaktubkan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan dapat disembahkan kepada Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong.

Saya menyertai ucap sembah menjunjung kasih seluruh pejuang bahasa kepada baginda atas keprihatinan baginda terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai salah satu pancang dan tunjang kenegaraan.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada penggerak Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang berjaya merakyatkan dan memasyarakatkan perjuangan bahasa kebangsaan sehingga bangkit kesedaran massa tentang peranan bahasa Melayu sebagai salah asas pembinaan negara, sebagaimana yang diputuskan dan dilaksanakan sejak kemerdekaan.

Saya tidak berminat mengulas soal teknis tentang apa-apa yang berlaku dalam cara penyampaian memorandum perjuangan rakyat itu, kerana yang jauh lebih penting ialah memfokuskan perhatian kepada agenda negara dalam soal mempertahankan kedudukan dan peranan bahasa Melayu dalam pembangunan negara.

Asas paling utama bantahan pejuang bahasa dan mereka yang faham serta menghayati peruntukan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan tentang kedudukan dan peranan bahasa Melayu ialah bahawa kuasa eksekutif wajib menghormati keputusan badan Penggubal undang-undang, iaitu Parlimen.

Jelas bahawa pelaksanaan PPSMI bercanggah dan menyeleweng daripada undang-undang tentang bahasa Melayu yang telah dimaktubkan. Atas asas ini sahaja kerajaan tidak perlu mencari jalan panjang lagi berliku-liku untuk mencari kewajaran mempertahankan dan meneruskan PPSMI.

Apa-apa jua alasan dan hujah untuk mempertahankan dan meneruskan PPSMI dan dasar lain yang seumpama itu terbatal dengan sendirinya apabila kita menggunakan premis undang-undang negara tentang dasar bahasa kebangsaan.

Oleh itu, seruan Perdana Menteri supaya disegerakan keputusan yang wajar (pasti yang berdasarkan undang-undang negara) tentang PPSMI perlu dilaksanakan oleh badan eksekutif (jemaah menteri).

Polemik yang bersifat pinggiran seperti pencarian dalang di balik perhimpunan membantah PPSMI tidak memberikan faedah apa-apa pun jua, selain semata-mata menayangkan nafsu menjaga kuasa dan memusuhi golongan yang tidak sekelompok dengan pihak berkenaan.

Dapatkah orang yang sihat akalnya menerima tohmah bahawa tokoh seperti Dato' Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Dato' A Samad Said serta tokoh-tokoh lain yang sepanjang hayatnya tidak hidup atas kurniaan kontrak dan perniagaan sanggup didalangi oleh mana-mana pihak untuk ke hadapan dalam perjuangan menjaga martabat bahasa Melayu?

Yang dapat dibayangkan ialah bahawa kesungguhan hendak mempertahankan dan meneruskan PPSMI itu barangkali ada kaitannya dengan kepentingan agihan kontrak dan habuan yang telah dibuat dalam aspek prasarana pelaksanaan PPSMI. Wallahu a'lam.

Demikian juga, berkali-kali disebut bahawa mengapa sesudah enam tahun pelaksanaannya baru kini timbul penentangan dan hujah bahawa PPSMI menyalahi Perlembagaan dan Akta Pendidikan, seolah-olah pejuang bahasa sengaja menanti saat tertentu dengan niat tertentu untuk menjatuhkan orang yang merasakan dirinya begitu penting. Sahlah bahawa orang yang berhujah demikian sama ada baru bangkit daripada lena yang panjang atau diserang penyakit pelupa yang kronik.

Seawal pengumuman dasar PPSMI pada tahun 2002, individu dan badan-badan bukan kerajaan, dan bahkan parti politik tertentu atau bahagian dalam parti kepemimpinan kerajaan sendiri telah mengadakan seminar, konvensyen, forum, pertemuan dengan pemimpin pelbagai pihak, hatta kedua-dua orang Perdana Menteri, penyerahan memorandum dan hasil kajian empiris, penggunaan media cetak dan media elektronik.

Para pejuang bahasa dengan penuh adab dan kesantunan mencuba menggunakan saluran intelektual dan yang dikatakan "saluran betul" oleh pihak-pihak yang kononnya sangat beradab selama bertahun-tahun, tetapi tidak tampak reaksi yang meyakinkan daripada kerajaan, malah pernyataan demi pernyataan pihak berkuasa cenderung untuk meneruskan dasar yang bercanggah dengan undang-undang negara dan kepentingan negara itu.

Menteri Pelajaran yang ketika itu menjadi Menteri Belia dan Sukan sendiri dan atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda Umno telah dikunjungi oleh pimpinan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia di pejabatnya di Jalan Dato' Onn dan telah memperlihatkan keprihatinan pada waktu itu.


Pada hemat saya, kini bukan masanya untuk kita saling mendakwa tentang cara dan kenapa timbul bantahan, atau ada tidaknya dalang di balik bantahan terhadap PPSMI. Fikirkanlah asas proses pembinaan negara yang telah dirancang sejak awal, malah sebelum kemerdekaan, menurut acuan yang munasabah bagi negara kita. Salah satu asas itu ialah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan.


Marilah kita menjadi bangsa yang tahu menghormati warisan tamadun bangsa yang telah berakar teguh sejak berabad-abad lamanya. Manfaatkanlah apa-apa jua unsur daripada tamadun luar, termasuk penguasaan bahasa-bahasa asing, tetapi usahlah menjadi bangsa yang rakus akan kemajuan kebendaan sehingga kehilangan roh bangsa dan negara.

Bukalah mata kita seluas-luasnya bagaimana negara-negara maju di seluruh dunia yang tetap mengutamakan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai wahana komunikasi dalam bidang-bidang kehidupan bertamadun mereka, meskipun tidak meremehkan bahasa asing yang bermanfaat sebagai alat sokongan kemajuan negara mereka.

------

Prof Dr Awang Sariyan ialah Penyandang Kursi Pengajian Melayu-China Beijing Foreign Studies University

Tahniah atas perkahwinan

Assalamualaikum w.b.t

Pertama sekali, saya mohon maaf kerana tak berkesempatan untuk menulis apa2 berita untuk dimuatkan di blog alumni. Kepada para alumni yang ingin berkongsi kisah, pendapat, atau apa2 saja untuk dimuatkan, sila hubungi J/K pengendali blog..

Kesempatan ini, saya mewakili badan alumni ingin mengucapkan Tahniah kepada Puan Wahyu Munira (SPM '03) atas perkahwinan beliau semalam, 7 Mac 2009.. Semoga menjadi isteri solehah dan sentiasa dalam keberkatan dan peliharaan Allah. Saya secara personal mohon maaf kerana tak dapat hadir di kenduri tersebut, tiket nak balik ganu dah abis.. hehe..

Mungkin sahabat2 di luar sana ingin berkongsi tentang majlis perkahwinan para alumni? Yela, dah lama tak jumpa ni, kadang2 ter'miss' info tentang kehidupan berkeluarga sahabat2 kita yang lain. Di sini saya listkan alumni SPM '03 yang telah berumahtangga.

1. Wan Syazana Wan Mansor
2. Allahyarham Nora Ain Ramli
3. Suhaibatul Aslamiyah (di shams sehingga form 3)
4. Abdul Hadi
5. Wahyu Munira

Ada miss ke?? Please update me.. (Menunggu respon update drpd batch lain juga..) Semoga bahagia dunia akhirat!!



(^_^)
----------------------
-Suhaila Sulaiman-
(SPM '03)

Copyright © 2009 - Hidupkan Tradisi Alumni - Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template || Jackster ||