Anjuran Solat Hajat

Salam alayk..

Sebagaimana yang semua sedia maklum keadaan Ust Mohd Nor Besar,
ayuh kita jayakan saranan tnia,

tnia: pasal ustaz 2..kalu xd mase nk melwt,mehla same2 mayng hjt.ana arap antum wat la neh.salam.jaga iman beq2 sume.takbir!


1. Doakan kesihatan Ust Mohd Nor Besar
2. Doakan kesihatan guru2 di SHAMS, yang telah bersara @ bertukar
3. Doakan kesejahteraan roh guru2 yang telah pergi
4. Doakan kejayaan pelajar2 SHAMS
5. Doakan kesihatan Alumni2 sekalian

Kepada yang mampu menziarah sampaikan salam alumni sekalian kepada Ust Mohd Nor Besar, syukran

Wallahua'lam

Ustaz Mohd Nor koma

Pukul 1.30 petang, saya dan saudara Amir Asyraf pergi ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Hasrat dihati ingin menziarah Ustaz Mohd Nor Besar (guru pakar Al-Quran) yang dah lima hari koma.

Sampai je pada aras tiga, kelihatan guru-guru Shams - Ustazah Hanita, Teacher Shafizahnoor, Cg Hasnani dan lain-lain guru baru yang ku tak kenal. Alhamdulillah lama dah tak jumpa guru-guru, dapat juga jumpa walaupun tak plan.

Sementara menunggu giliran masuk, kami sempat bersembang dan bertanyakan perkembangan sedikit sebanyak. Huhu, sebak lak rase bila teringat balik zaman sekolah-sekolah dulu. Huk huk

Kami paling last dapat masuk melawat. Masa tu masa melawat dah tamat (pukul 2.10 pm). Sempat jugak la menjenguk keadaan ustaz. Apa yang saya tau, saluran darah ustaz dijangkiti virus dan ustaz koma tiba-tiba pada hari Jumaat (22 Jun) lepas.

Keadaan ustaz semacam normal dari luar - masih lagi kedengaran hembusan nafasnya walaupun penuh dengan wayar-wayar yang bersambung ke badan. Bagaimanapun, saya doakan semoga ustaz cepat sembuh.

Buat kawan-kawan ex-shams semua. Sila-sila la melawat ustaz ye di CCU Tingkat 3 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Paling kurang pun jenguk la muka. Paling malas pun, sama-sama la kita berdoa ke hadrah Illahi agar ustaz cepat sembuh.

Muhammad Irsyaduddin bin Rozali
SPM batch 2006
12.38 am
27th Jun 2009.

Bancian Yahoo! Group Baru


Bismillah,

pertamanya ana mohon sahabat2 alumni husnu zhan dengan ana,
insyaAllah semua yang ana usahakan bukan untuk kepentingan diri ana dan ana cuba untuk dapatkan kebaikan untuk kita semua. Sebarang kesilapan ana mohon maaf dan tlg maklumkan untuk ana perbaiki syukran.

1. Pemilik Yahoo! Group yang sedia ada tidak memberi sebarang balasan berkenaan post ana sebelum ini,

2. Ana tidak dapat hubungi mana-mana pemimpin tertinggi Alumni untuk bincangkan perkara ini.

3. Jadi ana buka kepada sahabat2 untuk beri pandangan sama ada wajar untuk kita wujudkan Yahoo! Group baru yang lebih aktif dan spam-minimum.



Kegunaan Yahoo! Group:

ana hanya listkan beberapa yang terlintas sekarang.

1. newsletter blog - untuk memaklumkan sebarang perkembangan baru di blog.

2. pengumuman2 penting seperti aktiviti alumni, kutipan derma dan sebagainya.

3. lain2 yang dirasakan wajar



Pilihan untuk Alumni sekalian:

1. Wujudkan Yahoo! Group baru

2. Gunakan yang sedia ada (ana sebenarnya lebih suka untuk gunakan yang sekarang kerana jumlah ahli yang telah ramai - 111 orang, tapi ana secara peribadi tidak akan menyertai kerana tidak mahu membuang masa mendelete spam2 yang tidak ditapis)

3. Tidak gunakan Yahoo! Group dan hanya fokus kepada blog. (ini pilihan yang agak kurang bijak - pandangan peribadi)



Harapan:

1. Berikan komen walau sekadar 'Saya Pilih 1/2/3'

2. Sumbangkan tenaga untuk blog alumni, tenaga kerja admin sekarang tidak mencukupi untuk mengaktifkan blog.



Khas: Berkenaan Website Baru.

1. Masih belum diputuskan.

2. Ana menerima baik komen ibnuahmad, diharap lebih banyak komen diberikan sahabat2 alumni untuk memutuskan status website baru.


Wallahua'lam

Maklumat Pertukaran Subdomain Website

Makluman penukaran subdomain website alumni.

http://alumnishams.via.my

*ini hanya redirection link

sedikit penjelasan:

1. subdomain sebelum ni http://alumnishams.jackster.my adalah default subdomain kerana hosting jackster.my (hosting peribadi ana) yg ana gunakan.


2. bukan x mampu sponsor domain n hosting untuk alumni, tapi perlu lihat beberapa faktor:

a. ana belum dapat pengesahan dari semua admin n alumni untuk menggantikan blogspot ini dengan website yang baru, sebab itu ana belum promosikan, post sebelum ini sekadar meminta pandangan dan menunjukkan contoh website, tapi oleh kerana tiada respon (kecuali dari kak su) maka ana hanya menunggu maklumbalas dari AbuIffah yang merupakan ketua admin.

b. ana x boleh nak bank in duet ke pihak webhosting sebab masalah mesir yang memang susah nak buat money transfer.

c. adalah satu pembaziran jika alumni tidak manfaatkan betul2, jadi ana anggap website yang sekarang sebagai percubaan, jika benar2 dihidupkan, baru ana akan usaha mencari sponsor dan hosting yang sesuai.


3. subdomain sekarang, http://alumnishams.via.my hanyalah redirection link yang ana framekan dengan http://alumnishams.jackster.my , mengapa ana tidak gunakan redirection link ini sebelum ini?

a. kelemahan dari sudut trafik & SEO
b. x pernah terfikir akan timbul isu jika gunakan subdomain yang ada nama ana, ana bukan gile name ye


4. kerana urusan sebeginilah ana lebih suka jika ana tahu dengan setepat-tepatnya organisasi alumni, memudahkan urusan.

Maaf sebarang kelemahan ana menguruskan blog ini, ana sekadar mahu menghidupkan alumni yang dah jauh ketinggalan di belakang alumni lain (ALKIS - Alumni Kisas contohnya, AMAL - Maahad Muhammadi dan sebagainya).

Jangan besarkan isu yang tidak perlu, fokus kepada berkongsi ke arah memantapkan alumni, untuk kebaikan adik2 di SHAMS. Hantarkan artikel2 dan perkongsian ke emel alumnishams.

Sekadar perkongsian.

Wallahua'lam

Yahoo! Group & Organisasi Alumni

Salam alayk...

Perkara Pertama:

Perhatian kepada pemilik Yahoo! Group (YG) Alumni SHAMS, ana amat berharap akh dapat isytiharkan pemilikan YG tersebut (maklumkan di sini maklumat diri akh).

Beberapa komen:

1. YG tersebut amat banyak spam, ana secara peribadi takot nak join.
2. YG itu seakan tidak dimanfaatkan sebaiknya.
3. Dengan pengwujudan blog ini, adalah lebih baik jika diselaraskan maklumat di dalam YG dengan maklumat2 di sini agar lebih tersusun.

Ana akan menunggu sehingga hujung minggu ini (23/5/2009) maklumbalas dari akh, jika tiada ana akan buat bancian untuk wujudkan YG Alumni yang baru.


Perkara Kedua:

Ana amat berharap Pengerusi Alumni atau mana2 ahli majlis tertinggi (Bendahari, Setiausaha, Timbalan) agar dapat berikan organisasi Alumni SHAMS yang telah berdaftar dengan pihak sekolah.

Ini amat perlu kerana kami di pihak admin agak terkapai-kapai membuat sebarang keputusan berhubung pengurusan blog ini. Ia juga penting untuk sebarang urusan rasmi melibatkan alumni.

Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai organisasi Alumni SHAMS diharap agar dapat membantu.

Syukran, wallahua'lam.

*Komen di sini @ Emel ke alumnishams[at]yahoo[dot]com

Penting! Website Baru ALUMNI

Salam alayk..

Perhatian kepada semua Admin, ana telah membuat sebuah laman web khas untuk Alumni, bertujuan menggantikan blog ini.

http://alumnishams.jackster.my/

Mengapa Perlu Bertukar?

1. Blogspot amat tidak relevan kerana fungsi yang begitu terbatas.

2. Kemudahan Forum dapat dimanfaatkan di laman web.

3. Ana akan memberi tunjuk ajar 100% kepada semua admin, (akan diusahakan tutorial bergambar di bahagian forum insyaAllah).

*Ini sekadar cadangan, namun amat berharap dipertimbangkan sewajarnya.

*Website ini masih di peringkat percubaan, ana akan siapkan jika mendapat persetujuan semua admin dan alumni.

*Sistem yang digunakan adalah PHP-Fusion, sama seperti Iluvislam, mudah untuk ditadbir.

Wallahua'lam

Siapa Lagi Ingin Membantu?

Assalamu'alaikum w.b.t

Saya mula merasakan tak terkejar untuk menguruskan blog alumni Shams. Then, saya cuba mencari jalan alternatif bagaiman untuk memastikan blog ini terus update dengan isu2 yang sesuai.

OK. oleh yang demikian, saya perlu persetujuan semua sahabat2 alumni.

Untuk blog ini, saya nak buka untuk sebarang artikel yang berkaitan dengan kita sebagai penduduk bumi amnya dan penduduk Malaysia khasnya.

1. So, bagi saya, sebarang artikel yang bermanfaat, boleh diletakkan di blog ini.

Contoh:

1. Pengalaman di luar negara.
2. Analisis ekonomi dunia dan Malaysia.
3. Keadaan umat Islam di negara2 yang berdepan konflik.
4. Gejala sosial Malaysia.
5. Sambutan2 utama dalam Islam.

Dan lain2 lagi. Jika artikel tersebut diambil daripada mana2 laman web atau blog, sila nyatakan SUMBER RUJUKAN.

2. Saya sentiasa membuka ruang untuk mereka yang merasakan ingin membantu untuk update blog alumni. Jika berminat, sila nyatakan email anda, dan saya akan invite.

3. Saya yakin, kebanyakan daripada saudara2 yang ingin membantu mungkin tersepit antara blog sendiri dan blog alumni. Itulah jua yang saya hadapi. Sukar untuk menguruskan dua blog dalam satu masa. Pasti ada salah satu yang tercicir. Jadi, sebarang tulisan dalam blog masing2 yang dirasakan sesuai, just POSTKAN DALAM BLOG ALUMNI.

WaLlaahu'alam.

by: Mohammad Imran Ahmad

Permohonan Lanjutan Pelajaran Ke Perubatan Timur Tengah

Assalamualaikum w.b.t

Artikel asal boleh didapati di sini

Alhamdulillah, tanggal 12 Mac sekali lagi Malaysia melihat kecemerlangan demi kecemerlangan dicatat di dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2008. Tahniah diucapkan kepada semua.

Baru-baru ini pihak persatuan Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN) melalui Pengurusan PERUBATANonline turut menerima beberapa emel dari adik-adik yang berminat untuk mengetahui lanjut tentang prosedur melanjutkan pengajian di dalam bidang Perubatan di Mesir.

Justeru, di pihak PERUBATAN, kami mengambil insiatif menyusun semula beberapa maklumat permohonan daripada pihak berautoriti dengan harapan dapat membantu adik-adik memohon dan mendaftar melalui saluran yang sah dan berdasarkan prosedur yang betul.

Adalah diperingatkan supaya, semua permohonan kemasukan ke Timur Tengah mesti melalui Kementerian Pengajian Tinggi.
2) Permohonan juga perlu disertakan dengan borang berikut:
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_ssln_2009.pdf
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_tiada_halangan.pdf

Secara umumnya, permohonan boleh dibuat melalui dua bentuk.
1) Permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam atau Majlis Amanah Rakyat atau mana-mana tajaan atau pinjaman.
2) Permohonan persendirian terus kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Bagi permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA), anda hanya perlu ke laman http://esilav2.jpa.gov.my/ kemudian MENELITI dan MELALUI prosedur yang telah ditetapkan oleh kedua-dua badan tersebut. Prosedur permohonan kepada KPT akan diselesaikan melalui badan-badan ini setelah permohonan biasiswa diterima.

Semakan maklumat terkini JPA di http://www.jpa.gov.my/ dan pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853892 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2009@jpa.gov.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Semakan maklumat terkini MARA di http://www.mara.gov.my/ dan pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111 (sambungan 1133, 1109, 1120, 3623, 3624, 3629, 3620 dan 3619) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat webmaster@mara.gov.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

Adik-adik diminta untuk mengambil perhatian serius tentang syarat-syarat permohonan, tarikh tutup permohonan, tarikh temuduga dan tarikh Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor (bagi pemohon biasiswa JPA sahaja) dan sebagainya.

(Sumber: http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/pdf/2009_piln/iklanPILN2009.pdf)

Bagi tajaan-tajaan lain, adik-adik digalakkan untuk mendapatkan maklumat tajaan dan pinjaman dari Yayasan Kerajaan Negeri masing-masing. Dan ketiga-ketiga borang KPT di atas juga turut penting untuk dipastikan diisi dan melalui prosedur-prosedur pengesahan sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Bagi pemohon persedirian, anda PERLU melalui KPT dengan,
2) Permohonan juga perlu disertakan dengan borang berikut:
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_ssln_2009.pdf
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_tiada_halangan.pdf

Berikut adalah lampiran prosedur permohonan yang turut disertakan di dalam Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar Perubatan di Mesir kemaskini Mac 2009. Prosedur ini PERLU DITELITI sebaiknya.

JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARAS 1-3, BLOK E9, PARCEL E, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA

PROSEDUR PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR PERUBATAN
UNIVERSITI DI MESIR SESI AKADEMIK 2009/2010

1. Setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti pengajian bidang perubatan di universiti Mesir hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir iaitu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Kepujian dengan sekurang-kurangnya gred 3B dalam semua mata pelajaran.

2. Setiap permohonan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di universiti Mesir perlu mengemukakan dokumen seperti
berikut:

i. Dua (2) salinan Borang KPT/PERUBATAN/MESIR/2006 (Permohonan Dan Pendaftaran Pelajar Perubatan Universiti Di Mesir)
ii. Satu (1) Borang KPT/SSLN/2009 (Borang Permohonan Sijil Sokongan Luar Negara)
iii. Cabutan Sijil Lahir asal dan empat (4) salinan yang telah disahkan
iv. Sijil terjemahan SPM (Bahasa Arab) yang asal dan empat (4) salinan yang telah disahkan
v. Terjemahan cabutan Sijil Lahir (Bahasa Arab) dan 4 salinan yang telah disahkan
vi. Terjemahan Cabutan Sijil Lahir dan sijil SPM dalam Bahasa Arab perlu dibuat di Institut Terjemahan Negara Malaysia di alamat berikut :

Institut Terjemahan Negara Malaysia
Wisma ITNM
No. 2, Jalan 2/27E
Wangsa Maju, Seksyen 10
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4149-7210

vii. Terjemahan Sijil SPM dan terjemahan Cabutan Sijil Lahir perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri Malaysia di alamat berikut:

Ketua Setiausaha
Kementerian Luar Negeri
Bahagian Konsular
Wisma Putra
No.1, Jalan Wisma Putra, Presint 2
62602 PUTRAJAYA
Tel:03-8887-4159
Faks: 03-8889-2923

viii. Tujuh (7) keping gambar warna berukuran pasport;
ix. Empat (4) salinan pasport Malaysia yang telah disahkan dan
(Muka surat yang mengandungi maklumat pelajar)
x. Bayaran pengurusan dan pendaftaran sebanyak USD 50.00 bagi permohonan perubatan ke universiti di Mesir melalui bank draf dan hendaklah dicatatkan atas nama

Director, Malaysian Students
Department Cairo

xi. Kenyataan pengesahan borang yang bersetem 3. Borang kemasukan dan dokumen lain yang telah lengkap diisi hendaklah
dikemukakan ke alamat di bawah pada atau sebelum 31 Mei 2009:

Pengarah
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (UHEJPM)
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 2 Blok E9, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA

4. Permohonan hanya melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). KPT tidak mendaftar mana-mana ejen penempatan pelajar bagi menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah

5. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah ditujukan kepada Unit Hal Ehwal Jabatan Penuntut Malaysia, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03-8883 5873.

Unit Hal Ehwal Jabatan Penuntut Malaysia
Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi

Untuk mengetahui lanjut tentang PERUBATAN, adik-adik boleh layari http://info.perubatan.org. Adik-adik juga boleh mendapatkan kemaskini semasa, berita dan artikel di http://perubatan.org/v3 dan mengunjungi blog-blog pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir di http://komuniti.perubatan.org. Jika berkesempatan untuk membaca panjang, ruang perbincangan di iLuvIslam ini juga mungkin membantu adik-adik.

Sebarang persoalan berkenaan boleh diajukan di presiden@perubatan.org This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau di penerbitan_penerangan@perubatan.org This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Semoga berjaya semua.

Sekian, terima kasih.

Menggungguli Kecemerlangan, Mengerat Kebersamaan

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)



Artikel asal boleh didapati di sini

Keputusan SPM Terengganu meningkat

petikan drpd Utusan Malaysia Online..

KUALA TERENGGANU 12 Mac - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu meningkat sedikit apabila 11,166 orang daripada 22,878 calon lulus semua mata pelajaran iaitu peningkatan 0.25 peratus berbading 10,171 orang pada tahun 2007.

Bilangan calon yang memperoleh keputusan 1A+2A dalam semua mata pelajaran juga meningkat iaitu 295 orang berbanding 157 orang pada tahun 2007 iaitu peningkatan sebanyak 87.9 peratus.

Pengarah Pendidikan negeri, Ariffin Embong berkata, calon yang memperoleh kombinasi keputusan 1A hingga 6C dalam semua mata pelajaran yang diambil juga meningkat kepada 3,782 orang berbanding 2,926 pada tahun 2007.

''Gred purata bagi Terengganu adalah 5.27 berbanding 5.44 pada tahun 2007 dan pengecilan nilai ini menunjukkan pencapaian prestasi keseluruhan SPM di negeri ini semakin meningkat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, 26 daripada 82 mata pelajaran yang diambil calon di Terengganu menunjukkan peningkatan manakala 30 mata pelajaran termasuk dua yang baru iaitu Pembinaan Domestik dan Bahasa Perancis mencatatkan kelulusan 100 peratus.

Beliau memberitahu, lima daripada enam mata pelajaran teras pula menunjukkan peningkatan iaitu Bahasa Melayu (1.2 peratus), Bahasa Inggeris (3.74 peratus), Sejarah (5.78 peratus), Matematik (5.05 peratus) dan Sains (3.69 peratus).

Katanya, enam sekolah mencatatkan keputusan SPM terbaik dalam kategori masing-masing iaitu SM Sains Kuala Terengganu (99.07 peratus), SMK Mak Lagam (99.32 peratus), SMKA Sheikh Abdul Malek (98.16 peratus) dan SM Imtiaz Dungun (99.34 peratus).

Sekolah lain adalah SMK Teja Putra (80 peratus) dan SMK Rantau Petronas (91.38 peratus).


-Suhaila Sulaiman-

Isu PPSMI

BsimiLlaahi Wal HamduliLlaah.

Sekadar memetik ulasan seorang professor.

_____________________________________________
Tak perlu mencari jalan berliku pertahan PPSMI

Prof Dr Awang Sariyan

Saya bersyukur akhirnya pernyataan hati nurani rakyat yang prihatin kepada kedudukan dan peranan dan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara, sebagaimana yang dimaktubkan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan dapat disembahkan kepada Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong.

Saya menyertai ucap sembah menjunjung kasih seluruh pejuang bahasa kepada baginda atas keprihatinan baginda terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai salah satu pancang dan tunjang kenegaraan.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada penggerak Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang berjaya merakyatkan dan memasyarakatkan perjuangan bahasa kebangsaan sehingga bangkit kesedaran massa tentang peranan bahasa Melayu sebagai salah asas pembinaan negara, sebagaimana yang diputuskan dan dilaksanakan sejak kemerdekaan.

Saya tidak berminat mengulas soal teknis tentang apa-apa yang berlaku dalam cara penyampaian memorandum perjuangan rakyat itu, kerana yang jauh lebih penting ialah memfokuskan perhatian kepada agenda negara dalam soal mempertahankan kedudukan dan peranan bahasa Melayu dalam pembangunan negara.

Asas paling utama bantahan pejuang bahasa dan mereka yang faham serta menghayati peruntukan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan tentang kedudukan dan peranan bahasa Melayu ialah bahawa kuasa eksekutif wajib menghormati keputusan badan Penggubal undang-undang, iaitu Parlimen.

Jelas bahawa pelaksanaan PPSMI bercanggah dan menyeleweng daripada undang-undang tentang bahasa Melayu yang telah dimaktubkan. Atas asas ini sahaja kerajaan tidak perlu mencari jalan panjang lagi berliku-liku untuk mencari kewajaran mempertahankan dan meneruskan PPSMI.

Apa-apa jua alasan dan hujah untuk mempertahankan dan meneruskan PPSMI dan dasar lain yang seumpama itu terbatal dengan sendirinya apabila kita menggunakan premis undang-undang negara tentang dasar bahasa kebangsaan.

Oleh itu, seruan Perdana Menteri supaya disegerakan keputusan yang wajar (pasti yang berdasarkan undang-undang negara) tentang PPSMI perlu dilaksanakan oleh badan eksekutif (jemaah menteri).

Polemik yang bersifat pinggiran seperti pencarian dalang di balik perhimpunan membantah PPSMI tidak memberikan faedah apa-apa pun jua, selain semata-mata menayangkan nafsu menjaga kuasa dan memusuhi golongan yang tidak sekelompok dengan pihak berkenaan.

Dapatkah orang yang sihat akalnya menerima tohmah bahawa tokoh seperti Dato' Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Dato' A Samad Said serta tokoh-tokoh lain yang sepanjang hayatnya tidak hidup atas kurniaan kontrak dan perniagaan sanggup didalangi oleh mana-mana pihak untuk ke hadapan dalam perjuangan menjaga martabat bahasa Melayu?

Yang dapat dibayangkan ialah bahawa kesungguhan hendak mempertahankan dan meneruskan PPSMI itu barangkali ada kaitannya dengan kepentingan agihan kontrak dan habuan yang telah dibuat dalam aspek prasarana pelaksanaan PPSMI. Wallahu a'lam.

Demikian juga, berkali-kali disebut bahawa mengapa sesudah enam tahun pelaksanaannya baru kini timbul penentangan dan hujah bahawa PPSMI menyalahi Perlembagaan dan Akta Pendidikan, seolah-olah pejuang bahasa sengaja menanti saat tertentu dengan niat tertentu untuk menjatuhkan orang yang merasakan dirinya begitu penting. Sahlah bahawa orang yang berhujah demikian sama ada baru bangkit daripada lena yang panjang atau diserang penyakit pelupa yang kronik.

Seawal pengumuman dasar PPSMI pada tahun 2002, individu dan badan-badan bukan kerajaan, dan bahkan parti politik tertentu atau bahagian dalam parti kepemimpinan kerajaan sendiri telah mengadakan seminar, konvensyen, forum, pertemuan dengan pemimpin pelbagai pihak, hatta kedua-dua orang Perdana Menteri, penyerahan memorandum dan hasil kajian empiris, penggunaan media cetak dan media elektronik.

Para pejuang bahasa dengan penuh adab dan kesantunan mencuba menggunakan saluran intelektual dan yang dikatakan "saluran betul" oleh pihak-pihak yang kononnya sangat beradab selama bertahun-tahun, tetapi tidak tampak reaksi yang meyakinkan daripada kerajaan, malah pernyataan demi pernyataan pihak berkuasa cenderung untuk meneruskan dasar yang bercanggah dengan undang-undang negara dan kepentingan negara itu.

Menteri Pelajaran yang ketika itu menjadi Menteri Belia dan Sukan sendiri dan atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda Umno telah dikunjungi oleh pimpinan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia di pejabatnya di Jalan Dato' Onn dan telah memperlihatkan keprihatinan pada waktu itu.


Pada hemat saya, kini bukan masanya untuk kita saling mendakwa tentang cara dan kenapa timbul bantahan, atau ada tidaknya dalang di balik bantahan terhadap PPSMI. Fikirkanlah asas proses pembinaan negara yang telah dirancang sejak awal, malah sebelum kemerdekaan, menurut acuan yang munasabah bagi negara kita. Salah satu asas itu ialah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan.


Marilah kita menjadi bangsa yang tahu menghormati warisan tamadun bangsa yang telah berakar teguh sejak berabad-abad lamanya. Manfaatkanlah apa-apa jua unsur daripada tamadun luar, termasuk penguasaan bahasa-bahasa asing, tetapi usahlah menjadi bangsa yang rakus akan kemajuan kebendaan sehingga kehilangan roh bangsa dan negara.

Bukalah mata kita seluas-luasnya bagaimana negara-negara maju di seluruh dunia yang tetap mengutamakan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai wahana komunikasi dalam bidang-bidang kehidupan bertamadun mereka, meskipun tidak meremehkan bahasa asing yang bermanfaat sebagai alat sokongan kemajuan negara mereka.

------

Prof Dr Awang Sariyan ialah Penyandang Kursi Pengajian Melayu-China Beijing Foreign Studies University

Tahniah atas perkahwinan

Assalamualaikum w.b.t

Pertama sekali, saya mohon maaf kerana tak berkesempatan untuk menulis apa2 berita untuk dimuatkan di blog alumni. Kepada para alumni yang ingin berkongsi kisah, pendapat, atau apa2 saja untuk dimuatkan, sila hubungi J/K pengendali blog..

Kesempatan ini, saya mewakili badan alumni ingin mengucapkan Tahniah kepada Puan Wahyu Munira (SPM '03) atas perkahwinan beliau semalam, 7 Mac 2009.. Semoga menjadi isteri solehah dan sentiasa dalam keberkatan dan peliharaan Allah. Saya secara personal mohon maaf kerana tak dapat hadir di kenduri tersebut, tiket nak balik ganu dah abis.. hehe..

Mungkin sahabat2 di luar sana ingin berkongsi tentang majlis perkahwinan para alumni? Yela, dah lama tak jumpa ni, kadang2 ter'miss' info tentang kehidupan berkeluarga sahabat2 kita yang lain. Di sini saya listkan alumni SPM '03 yang telah berumahtangga.

1. Wan Syazana Wan Mansor
2. Allahyarham Nora Ain Ramli
3. Suhaibatul Aslamiyah (di shams sehingga form 3)
4. Abdul Hadi
5. Wahyu Munira

Ada miss ke?? Please update me.. (Menunggu respon update drpd batch lain juga..) Semoga bahagia dunia akhirat!!



(^_^)
----------------------
-Suhaila Sulaiman-
(SPM '03)

Alumni Shams (Sila ambil Perhatian)

Assalamualaikum...

Makluman kepada semua Alumni SHAMS, anda semua dikehendaki untuk mengisi borang Alumni SHAMS untuk rujukan(Database). Anda juga boleh meletakkan gambar2 kenangan anda bersama SHAMS(gmbr kelas, guru dll)untuk kami jadikan koleksi Alumni SHAMS .Di samping itu, di bahagian "message/comment/suggestion", anda diminta untuk memberi pandangan atau cadangan anda mengenai blog ini.Kerjasama anda kami amat hargai untuk menambah baikkan blog ini. Sila maklumkan kepada sahabat2 anda yang masih belum mengisi borang ini untuk berbuat demikian secepat mungkin.Kerjasama anda amatlah dihargai..Terima Kasih

Untuk mengisi Borang Alumni Shams,
sila tekan di sini Alumni SHAMS Form Database

New Template

Assalamu'alaikum w.b.t

1. JK penyelaras blog bersama alumni shams (sdr asyraf zuki) sedang cuba mencari templates baru untuk blog kita ni agar nampak lebih menarik dan seronok untuk ditatap. Boleh tengok shamstest (shamsonline2.blogspot.com) dan beri komen anda jika ada. Jika tiada komen, beliau akan decide je yang mane yang terbaik untuk design template blog alumni.

terima kasih. Wassalam. (mohammad imran ahmad)

Ketua Editor Dan Editor Diperlukan!

Assalamu'alaikum w.b.t

1. Untuk risalah alumni, sebarang artikel untuk disumbangkan, sila hantarkan kepada email alumni shams. (alumnishams@yahoo.com)

2. Saya belum dapat perkembangan daripada pihak MPP, tapi saya yakin bahawa pihak pengurusan akan memberikan ruang untuk risalah alumni ini diedarkan kepada pelajar shams.

3. Ada beberapa fokus yang saya rasa perlu untuk dimasukkan dalam risalah.
3.1. Situasi @ pengalaman pembelajaran di luar negara. Tentang budaya masyarakat mahupun kelebihan2 yang bakal diperoleh.
3.2. Keadaan mahasiswa di kampus; isu2 yang berkaitan masalah yang bakal didepani oleh mereka di arena kampus, agar mereka lebih bersedia. Baik dari segi akademik, culture dan sosial.
3.3. Kondisi mahasiswa di mata masyarakat sekarang. Masalah2 sosial yang berlaku dan peranan mereka dalam menyumbang untuk agama dan negara.
3.4. Sirah2 dan sejarah2 yang berkaitan dengan pelajar dan remaja.

4. Modus operandinya begini.
4.1. Semua boleh menyumbang artikel kepada ketua editor (setakat ini ke email alumni)
4.2. Ketua editor akan menyusun dan membahagi tugas di kalangan editor.
4.3. Setiap bulan, send copy artikel kepada PIC samada daripada MPP atau BPDS (belum diputuskan)

5. Siapa yang berminat untuk menyertai team ini, sila serahkan nama anda.

6. Minta cadangan daripada semua alumni tentang ruangan2 yang wajar dimasukkan dalam artikel alumni.

Wassalam. (mohammad imran ahmad)

Risalah Alumni

Assalamualaikum wbt.

ada satu lagi pendapat yang bernas.

__________________________________________
zack_spm_08
: ambe rase molek x kalu badan alumni shams edarkan risalah ke shams ats nmer pertubuhan alumni shams... pas2 antar kat mpp kat saner utk dbhagi2 stiap klas
______________________________________________

InsyaAllah akan diusahakan. Sangat bagus untuk memastikan kelangsungan hubungan alumni-shams terus mekar terbina. Tapi saya tak mampu untuk buat semua perkara. Ada sape2 volunteer untuk ambil tugas ini? Saya akan hubungi MPP atau badan pengawas untuk maklumkan perkara ini.

Wassalam.

Sharing Moment, Kem Bina Sahsiah

Assalamu'alaikum wbt

Ada beberapa cadangan bernas daripada sahabat2 alumni
________________________________________________
wan: klu dulu, ada satu kem yg dianjurkan BPS,dimana student disuruh tutup mata..tinggal tgh2 malam, n tanya mreka ttg ape2 je pasl Islam.. xleh jawab, torture cukup2.. hehehe
17 Jan 09, 18:39
wan:sbnrnya terasa mcm nak bg idea.. harap2 alumni shams dapat adakan program yg dapat membuka minda student shams. Cthny beri pendedahan ttg course critical and ape2 je yg boleh buat diorg leh nampak utk pilih masa depan diorg...selain tu, sgt2 berharap senior adakan kem yg leh bina sahsiah student. bukan stakat bagi nasihat, tapi bg pengajaran terus. bagi adik2 ni sedar skit kat diorg..
_______________________________________________
Tentang idea untuk pendedahan critical course kepada junior oleh alumni, memang PK HEM dan unit kaunseling sangat99 mengalu-alukan agar alumni turun ke shams. Hari tu PK Hem minta alumni cari pelajar2 di pelbagai bidang dan buat sharing moment dengan adik2. Cg Rahman kaunselor bagi ruang yang luas untuk alumni. Contohnya, kalau beberapa student Laws nak kongsi pengalaman, just hubungi cg Rahman (0139311496) atau Pk Hem, ust Rosli (0199599215) dan bagitahu target student, tarikh dan masa nya, mereka boleh arrange untuk alumni.

Sharing moment seperti ni pernah dibuat pada tahun 2008, dianjurkan oleh kaunselor tetapi time tu tak ramai boleh join sebab bukan time cuti universiti. So, sape2 yang rasa boleh berbakti, susun atur pertemuan dengan pihak sekolah ye. Be more proactive.

Tentang kem bina sahsiah, kita memang sedang menuju ke arah itu, cumanya buat masa ini, dengan kekangan masa dan tenaga kerja yang ada, kita hanya menumpukan kepada pimpinan pelajar sahaja, dan kem untuk mereka memang cukup 'keras' dah sebenarnya. Penuh dengan muhasabah, tekanan fizikal dan mental, dan juga kritikan2 membina untuk mereka. InsyaAllah akan diteruskan.

terima kasih kepada wan kerana bagi pendapat dan concern hal shams.

Wassalam

Second Step Sudah Berjaya. Apa Tunggu Lagi?

Assalamu'alaikum w.b.t

Sejak sekian lama, bermula dengan kem kepimpinan yang julung-julung kali dianjurkan oleh alumni shams pada pertengahan tahun 2005, sehinggalah kursus professionalisme yang baru sahaja dianjurkan, akhirnya hubungan yang kuat antara pihak alumni dengan pihak pengurusan sekolah sudah berjaya dibina.

1. Baru-baru ini, dalam ucapan penutup oleh Tuan Haji Rosli, PK Hem, jelas menyebut bahawa beliau amat-amat mengharapkan selama ini agar pihak alumni shams turun kembali ke Shams untuk memberikan sumbangan kepada adik2 di sana.

2. Beliau dan guru-guru yang lain membuka ruang yang cukup luas untuk alumni memberikan sumbangan untuk memastikan proses pembangunan insan yang lebih efektif di shams.

3. Warden asrama, ustaz zubaidi telah membuka ruang, memberikan keizinan kepada mana2 alumni untuk datang memberikan pengisian atau berkongsi pengalaman bersama adik2 ketika berada di surau. Perkara ini sudah berlaku, namun tidak ramai di antara alumni yang turun untuk mengisi peluang terbuka ini.

4. Saya bertanya kepada tuan haji rosli, adakah diizinkan sekiranya pihak alumni ingin menganjurkan program untuk pelajar tingkatan 1. Seperti dijangka, beliau amat mengalu-alukan program dari alumni, apatah lagi untuk manfaat pelajar2 shams.

5. Beliau juga meminta pihak alumni turun memberikan sedikit motivasi kepada adik2, terutamanya mereka yang berjaya di peringkat universiti. Tahun lepas, pihak kaunselor telah menjemput beberapa individu dari alumni untuk mengambil slot motivasi bersama adik2 di setiap tingkatan.

6. Beliau, guru-guru lain dan badan pengawas juga amat berharap agar kursus professionalisme ini dapat dijadikan aktiviti tahunan alumni, di samping aktiviti2 lain.

7. Jika satu ketika dahulu, agak sukar untuk kita initiate program oleh alumni, rasanya sekarang sudah tidak menjadi masalah. Modus operandi yang telah digunakan begitu mudah sebenarnya. Kita di pihak alumni memberikan kertas kerja cadangan kepada badan yang kita pilih untuk bekerjasama. Sebagai contoh, ketika melaksanakan kem kepimpinan 2008, saya menghantar KKC kepada BPDS. Then, mereka akan berurusan dengan pihak pengurusan untuk meluluskan program, alumni akan follow up untuk bantu selesaikan sebarang perkara berbangkit.Bahagian teknikal seperti tempat, peserta dan makanan diuruskan oleh BPDS dan kita menguruskan bab pengisian sepenuhnya. Begitulah secara ringkas sistem yang kita guna pakai buat masa sekarang.

Justeru, saya mengharapkan, lebih ramai di kalangan sahabat2 alumni yang menawarkan diri untuk memberikan sumbangan kepada adik2. Sebarang keinginan untuk menyumbang, insyaAllah saya akan cuba susun setakat yang saya mampu.

Wassalam. (Oleh : Mohammad Imran bin Ahmad)

Tolong Saya, Bantu Saya, Untuk Shams, Kerana Allah.

Assalamu'alaikum w.b.t.

Saya masih menunggu respon untuk sahabat2 alumni yang mempunyai ruang dan kemampuan untuk sama2 menguruskan blog ini, namun belum ada yang menawarkan diri. Saya akan cuba buat yang terbaik, namun alangkah baiknya jika ada yang hulurkan tangan untuk membantu saya. Jika ada kelapangan, sila nyatakan kesanggupan anda.

Wassalam.

Alhamdulillah


Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah, kami panjatkan syukur pada Allah kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, program Kursus Profesionalisme Pemimpin Pelajar Shams '09 yang diadakan buat julung kalinya berjaya dilaksanakan dengan penuh makna dan manfaat.

Kita pernah menganjurkan beberapa kem untuk pelajar dan pemimpin Shams semenjak tahun 2005. Kebanyakannya tertumpu kepada pemimpin pelajar.

1.Kem Kepimpinan '05 melibatkan badan pengawas disiplin dan juga ketua-ketua kelas form 2.
2.Kem Kepimpinan '08 melibatkan badan pengawas disiplin dan MPP.
3. Program Muhasabah '07 melibatkan pelajar form 4.

Ada beberapa lagi kem yang dianjurkan tetapi saya (Imran Ahmad) tak mendapat maklumat tentang kem tersebut, kerana kebanyakan kem diuruskan oleh kerjasama cohort/batch tertentu, mengikut tahun SPM.

Untuk kursus ini, yang berlangsung mulai 8 januari yang lalu dan baru sahaja berakhir tadi (10 januari), diuruskan oleh cohort SPM '04, SPM '05, SPM '06, 'SPM07, SPM '08. Walaupun jumlah tidak sekata untuk setiap batch yang terlibat, namun sekurang-kurangnya setiap batch mempunyai wakil mereka yang turut serta menyumbang untuk program ini.

Tahniah dan syabas buat mereka yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini, samada untuk kerja persiapan sebelum program, mahupun yang terlibat sepanjang 3hari kursus. Tahniah juga pada adik-adik yang 'sabar' dan 'tabah' sepanjang program.

Wassalam.

Copyright © 2009 - Hidupkan Tradisi Alumni - Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template || Jackster ||