Alumni Shams Berperanan?



Assalamu'alaikum

Alumni Shams sebenarnya telah lama ditubuhkan oleh beberapa lepasan-lepasan awal Shams. Presiden pertama hingga kini adalah Encik Mohd Afandi bin Saleh dan nama yang digunakan sejak dahulu adalah "Persatuan Bekas-bekas Pelajar Shams" dengan singkatannya "Ex-Shams".

Sebenarnya,peranan ex-Shams amat penting untuk menabur bakti kepada pelajar dan guru yang masih berada di Shams sekarang.Banyak aktiviti yang telah dianjurkan oleh beberapa ex-Shams terutama program-program untuk pelajar. Yang terbaru adalah "Kursus Kepimpinan Pengawas Shams '08" yang telah dianjurkan oleh ex-Shams batch SPM '04 dan '05 pada 27/06/2008 yang lalu. Beberapa hari sebelum kursus tersebut dianjurkan motivasi dan perkongsian pelajar oleh Unit Kaunseling (cikgu Rahman) dan ada ex-Shams yang turut dijemput. Kursus kepimpinan yang serupa juga telah dianjurkan pada pertengahan tahun 2005 oleh ex-Shams batch SPM '03 dan '04.

Pada tahun 2006 hingga 2007 juga terdapat beberapa program anjuran ex-Shams yang mensasarkan pelbagai kelompok pelajar, samada pelajar biasa mahupun kelompok pengawas sekolah dari 4 badan utama.

Kesimpulannya ,insya Allah setiap tahun pasti ada sekurang-kurangnya 1 program anjuran alumni Shams untuk pelajar. Jadi,pihak Alumni sebenarnya mengharapkan lebih banyak aktiviti yang dapat dianjurkan oleh ex-Shams samada diuruskan oleh mereka yang masih bergelar mahasiswa mahupun yang sudah di alam pekerjaan.

Buat masa ini, presiden ex-Shams (Encik Afandi bin Saleh) sedang menyambung pelajaran di luar negara dan yang menguruskan ex-Shams buat masa ini adalah Ustazah Rahimah Embong (lecturer di Pusat Asasi UIAM PJ, 0122607727). Sebarang masalah boleh hubungi beliau ataupun saya (Mohammad Imran Ahmad, SPM '04, Pelajar Perubatan UIAM Kuantan, 0136280583)
Wassalam.

0 comments:

Copyright © 2009 - Hidupkan Tradisi Alumni - Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template || Jackster ||