Siapa Lagi Ingin Membantu?

Assalamu'alaikum w.b.t

Saya mula merasakan tak terkejar untuk menguruskan blog alumni Shams. Then, saya cuba mencari jalan alternatif bagaiman untuk memastikan blog ini terus update dengan isu2 yang sesuai.

OK. oleh yang demikian, saya perlu persetujuan semua sahabat2 alumni.

Untuk blog ini, saya nak buka untuk sebarang artikel yang berkaitan dengan kita sebagai penduduk bumi amnya dan penduduk Malaysia khasnya.

1. So, bagi saya, sebarang artikel yang bermanfaat, boleh diletakkan di blog ini.

Contoh:

1. Pengalaman di luar negara.
2. Analisis ekonomi dunia dan Malaysia.
3. Keadaan umat Islam di negara2 yang berdepan konflik.
4. Gejala sosial Malaysia.
5. Sambutan2 utama dalam Islam.

Dan lain2 lagi. Jika artikel tersebut diambil daripada mana2 laman web atau blog, sila nyatakan SUMBER RUJUKAN.

2. Saya sentiasa membuka ruang untuk mereka yang merasakan ingin membantu untuk update blog alumni. Jika berminat, sila nyatakan email anda, dan saya akan invite.

3. Saya yakin, kebanyakan daripada saudara2 yang ingin membantu mungkin tersepit antara blog sendiri dan blog alumni. Itulah jua yang saya hadapi. Sukar untuk menguruskan dua blog dalam satu masa. Pasti ada salah satu yang tercicir. Jadi, sebarang tulisan dalam blog masing2 yang dirasakan sesuai, just POSTKAN DALAM BLOG ALUMNI.

WaLlaahu'alam.

by: Mohammad Imran Ahmad

2 comments:

Jackster® said...

satu yg saya rasakan penting,

persatuan alumni perlu keluarkan kenyataan2 rasmi berhubung isu semasa, berkenaan palestin contohnya dsb

cadangan =)

abu 'iffah said...

yup,bagus cdgn tu. cuma, ana takde kuasa sgt pun dlm alumni ni. organisasi alumni pun tak tau mcmn. dulu ada,tp tak gerak sgt.

Copyright © 2009 - Hidupkan Tradisi Alumni - Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template || Jackster ||