Kenapa Blog?

Assalamu'alaikum

Mungkin ada pihak yang tertanya-tanya kenapa pihak Alumni Shams hanya mampu untuk membuka laman blog.Kenapa tak buka laman web?Ataupun tak usahakan YGroup? Ataupun apa-apa bentuk yang lain.

Sebenarnya, kami mewujudkan blog ini kerana blog adalah medium paling mudah untuk dilayari,dibaca dan berkongsi idea berbanding Group2 @ Circle2 yang memerlukan Login (menyebabkan sesetengah orang malas nak join) ataupun web dan portal yang memerlukan kendalian oleh individu yang mahir dan rajin. Berdasarkan pengalaman dan tinjauan, banyak portal-portal dan group alumni yang sudah 'mati', tiada perkembangan.

Kelebihan blog; mudah untuk diupdate dan tak memerlukan kemahiran yang tinggi. Dan mudah untuk dilayari, just click alumni-shams.blogspot.com, akan terpampanglah blog ini dan aktiviti-aktiviti atau perkembangan terkini akan dapat diketahui dengan mudah. Itu sahaja. Ianya tidak mempunyai function-function yang complicated. Maka, dalam masa yang terdekat,kami akan mencari beberapa individu yang akan bertanggungjawab terhadap blog ini dari kelompok yang sudah bekerja dan masih bergelar mahasiswa.
Wassalam.

1 comments:

Anonymous said...

btol2

Copyright © 2009 - Hidupkan Tradisi Alumni - Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template || Jackster ||