Keputusan SPM Terengganu meningkat

petikan drpd Utusan Malaysia Online..

KUALA TERENGGANU 12 Mac - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu meningkat sedikit apabila 11,166 orang daripada 22,878 calon lulus semua mata pelajaran iaitu peningkatan 0.25 peratus berbading 10,171 orang pada tahun 2007.

Bilangan calon yang memperoleh keputusan 1A+2A dalam semua mata pelajaran juga meningkat iaitu 295 orang berbanding 157 orang pada tahun 2007 iaitu peningkatan sebanyak 87.9 peratus.

Pengarah Pendidikan negeri, Ariffin Embong berkata, calon yang memperoleh kombinasi keputusan 1A hingga 6C dalam semua mata pelajaran yang diambil juga meningkat kepada 3,782 orang berbanding 2,926 pada tahun 2007.

''Gred purata bagi Terengganu adalah 5.27 berbanding 5.44 pada tahun 2007 dan pengecilan nilai ini menunjukkan pencapaian prestasi keseluruhan SPM di negeri ini semakin meningkat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, 26 daripada 82 mata pelajaran yang diambil calon di Terengganu menunjukkan peningkatan manakala 30 mata pelajaran termasuk dua yang baru iaitu Pembinaan Domestik dan Bahasa Perancis mencatatkan kelulusan 100 peratus.

Beliau memberitahu, lima daripada enam mata pelajaran teras pula menunjukkan peningkatan iaitu Bahasa Melayu (1.2 peratus), Bahasa Inggeris (3.74 peratus), Sejarah (5.78 peratus), Matematik (5.05 peratus) dan Sains (3.69 peratus).

Katanya, enam sekolah mencatatkan keputusan SPM terbaik dalam kategori masing-masing iaitu SM Sains Kuala Terengganu (99.07 peratus), SMK Mak Lagam (99.32 peratus), SMKA Sheikh Abdul Malek (98.16 peratus) dan SM Imtiaz Dungun (99.34 peratus).

Sekolah lain adalah SMK Teja Putra (80 peratus) dan SMK Rantau Petronas (91.38 peratus).


-Suhaila Sulaiman-

1 comments:

Anonymous said...

ana dah dpt result spm...

Copyright © 2009 - Hidupkan Tradisi Alumni - Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template || Jackster ||