Second Step Sudah Berjaya. Apa Tunggu Lagi?

Assalamu'alaikum w.b.t

Sejak sekian lama, bermula dengan kem kepimpinan yang julung-julung kali dianjurkan oleh alumni shams pada pertengahan tahun 2005, sehinggalah kursus professionalisme yang baru sahaja dianjurkan, akhirnya hubungan yang kuat antara pihak alumni dengan pihak pengurusan sekolah sudah berjaya dibina.

1. Baru-baru ini, dalam ucapan penutup oleh Tuan Haji Rosli, PK Hem, jelas menyebut bahawa beliau amat-amat mengharapkan selama ini agar pihak alumni shams turun kembali ke Shams untuk memberikan sumbangan kepada adik2 di sana.

2. Beliau dan guru-guru yang lain membuka ruang yang cukup luas untuk alumni memberikan sumbangan untuk memastikan proses pembangunan insan yang lebih efektif di shams.

3. Warden asrama, ustaz zubaidi telah membuka ruang, memberikan keizinan kepada mana2 alumni untuk datang memberikan pengisian atau berkongsi pengalaman bersama adik2 ketika berada di surau. Perkara ini sudah berlaku, namun tidak ramai di antara alumni yang turun untuk mengisi peluang terbuka ini.

4. Saya bertanya kepada tuan haji rosli, adakah diizinkan sekiranya pihak alumni ingin menganjurkan program untuk pelajar tingkatan 1. Seperti dijangka, beliau amat mengalu-alukan program dari alumni, apatah lagi untuk manfaat pelajar2 shams.

5. Beliau juga meminta pihak alumni turun memberikan sedikit motivasi kepada adik2, terutamanya mereka yang berjaya di peringkat universiti. Tahun lepas, pihak kaunselor telah menjemput beberapa individu dari alumni untuk mengambil slot motivasi bersama adik2 di setiap tingkatan.

6. Beliau, guru-guru lain dan badan pengawas juga amat berharap agar kursus professionalisme ini dapat dijadikan aktiviti tahunan alumni, di samping aktiviti2 lain.

7. Jika satu ketika dahulu, agak sukar untuk kita initiate program oleh alumni, rasanya sekarang sudah tidak menjadi masalah. Modus operandi yang telah digunakan begitu mudah sebenarnya. Kita di pihak alumni memberikan kertas kerja cadangan kepada badan yang kita pilih untuk bekerjasama. Sebagai contoh, ketika melaksanakan kem kepimpinan 2008, saya menghantar KKC kepada BPDS. Then, mereka akan berurusan dengan pihak pengurusan untuk meluluskan program, alumni akan follow up untuk bantu selesaikan sebarang perkara berbangkit.Bahagian teknikal seperti tempat, peserta dan makanan diuruskan oleh BPDS dan kita menguruskan bab pengisian sepenuhnya. Begitulah secara ringkas sistem yang kita guna pakai buat masa sekarang.

Justeru, saya mengharapkan, lebih ramai di kalangan sahabat2 alumni yang menawarkan diri untuk memberikan sumbangan kepada adik2. Sebarang keinginan untuk menyumbang, insyaAllah saya akan cuba susun setakat yang saya mampu.

Wassalam. (Oleh : Mohammad Imran bin Ahmad)

2 comments:

Anonymous said...

ini satu peluang yang baik...

Hilmi said...

nak jugak berjasa kat SHAMS nih..

Copyright © 2009 - Hidupkan Tradisi Alumni - Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template || Jackster ||