Blog Rasmi Alumni Shams..



Assalamu'alaikum

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengizinkan untuk Alumni mewujudkan perhubungan maya ini.Moga-moga blog ini bakal memberikan nafas dan rentak baru buat alumni Shams untuk lebih maju kehadapan.

Nama blog ini (alumni-shams.blogspot.com) dipilih kerana nama asal yang dicadangkan (alumnishams.blogspot.com) telah digunakan oleh seseorang tapi malangnya blog tersebut tidak aktif langsung.Justeru, kami di pihak alumni mengharapkan pemilik blog tersebut untuk delete blog tersebut kerana mungkin akan memberikan gambaran yang tidak elok kepada Alumni sekiranya ada di kalangan ex-Shams yang buka blog tersebut,tapi bukan blog ini.

Sebenarnya,blog ini diwujudkan setelah melihat kepada ketiadaan tempat rujukan buat lepasan-lepasan Shams untuk mengikuti keadaan dan perkembangan sekolah. Justeru, Alumni mengharapkan semua pihak termasuk pelajar,guru,kakitangan dan semua ex-Shams untuk memberikan idea dan berkongsi apa sahaja di ruangan yang disediakan dalam blog ini.

Sila kunjungi juga link-link yang kami letakkan walaupun ada yang tidak aktif.Namun, pasti ada sedikit manfaat daripada web2 yang telah diwujudkan oleh individu-individu yang sentiasa mengambil inisiatif untuk hidupkan Alumni Shams.

Wassalam.

-Mohammad Imran Bin Ahmad, wakil j/k Alumni Shams. (013-6280583)

3 comments:

Anonymous said...

testing2

Anonymous said...

Salam,

Setelah sekian lama mencari baru hari ini terjumpa laman web Ex-Shams ni. Tahniah diucapkan kepada pengadali blog. Tahniah juga diucapkan kepada Puan Rahimah kerana banyak membantu memberi 'CPR' dan oksigen baru kepada ex-shams. Agak lama sungguh saya 'menyisihkan' Ex-Shams. Tidak patut rasanya. Insyallah saya cuba untuk menyumbang sesuatu selepas ini. Salam untuk semua.

Ikhlas
mohd afandi salleh
durham univ, UK
afandi@udm.edu.my

steady said...

assalamualaikum...

suda lama ku tunggu blog camni...
tahniah kpd pengendali blog ini krana bjaya menghimpunkan x-shams.
semoga ramai lgi yg akn join blog ini...

Copyright © 2009 - Hidupkan Tradisi Alumni - Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template || Jackster ||