Alhamdulillah


Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah, kami panjatkan syukur pada Allah kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, program Kursus Profesionalisme Pemimpin Pelajar Shams '09 yang diadakan buat julung kalinya berjaya dilaksanakan dengan penuh makna dan manfaat.

Kita pernah menganjurkan beberapa kem untuk pelajar dan pemimpin Shams semenjak tahun 2005. Kebanyakannya tertumpu kepada pemimpin pelajar.

1.Kem Kepimpinan '05 melibatkan badan pengawas disiplin dan juga ketua-ketua kelas form 2.
2.Kem Kepimpinan '08 melibatkan badan pengawas disiplin dan MPP.
3. Program Muhasabah '07 melibatkan pelajar form 4.

Ada beberapa lagi kem yang dianjurkan tetapi saya (Imran Ahmad) tak mendapat maklumat tentang kem tersebut, kerana kebanyakan kem diuruskan oleh kerjasama cohort/batch tertentu, mengikut tahun SPM.

Untuk kursus ini, yang berlangsung mulai 8 januari yang lalu dan baru sahaja berakhir tadi (10 januari), diuruskan oleh cohort SPM '04, SPM '05, SPM '06, 'SPM07, SPM '08. Walaupun jumlah tidak sekata untuk setiap batch yang terlibat, namun sekurang-kurangnya setiap batch mempunyai wakil mereka yang turut serta menyumbang untuk program ini.

Tahniah dan syabas buat mereka yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini, samada untuk kerja persiapan sebelum program, mahupun yang terlibat sepanjang 3hari kursus. Tahniah juga pada adik-adik yang 'sabar' dan 'tabah' sepanjang program.

Wassalam.

10 comments:

Anonymous said...

Tahniah kepada Fasilitator2 kerana berjaya menguruskan Kem yg cukup hebat dan berjaya ini.

Kem ini patut diteruskan setiap tahun!

Kepada Abg Asyraf,Abg Imran,Abg Ridzuan,Abg Asri, Abg Zaim,Kak Ain,Kak Amirah dan Fasi2 yg lain, Saya ucapkan Tahniah dan Syabas, Antum Semua mmg Mantap!

- Afif Fathullah
KP Pengawas Siber

alumnishams said...

Syukran..memang begitulah apa yg kami harapkan..cumanya, perlukan krjasama erat antara alumni dan pihak pimpinan pelajar shams..moga tak terputus hbgn ini..wassalam

hambaALLAH said...

salam...

tahniah diucapkan kepada semua fesi yang terlibat dalam program Kursus Profesionalisme Pemimpin Pelajar Shams '09...
tahniah juga kepada peserta yang berjaya mengikuti kursus ini dengan jayanya...

semoga kursus ini dapat diteruskan untuk masa yang akan datang...

selamat berjuang buat adik-adikku di SHAMS...
semoga bumi waqafan SHAMS akan terus mekar dengan suasana islamiahnya...

ALLAHUAKBAR!!!

hambaALLAH said...
This comment has been removed by the author.
abu 'iffah said...

Kepada akh afif, harap dpt realisasikan misi utk pastikan stiap bdn pngawas mmpunyai blog masing2, sprti yg ana bagitahu time kem hari tu..lagi cepat lagi bagus.

Anonymous said...

tahniah kepada shbt2 yg menguruskan kem ni

adysuR said...

Assalamualaikum

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam kem hari tu.

abu 'iffah :
Insyaallah akan dilancarkan pada bulan Jun akan datang =)

Anonymous said...

Salam...
Alhamdullilah..
msh lg terngiang-ngiang kte2 hkmt akhi2 n akhowat2 kat tlga kami..
bgtu kukuh trsemat dlm hati kami ape yg fasi2 curhkn shgga kini..
hrp2,,sume ex-shams snts istiqamah dlm menaekkan sml smgt jihad dlm diri student shams..

insyaAllah..
dgn ksgguhn dan keredhaan dariNYA..
SHAMS akn trs bgkt mnjulg nama Islam sesuai dgn nama ulama' yg diambil smpena nama Sheikh Abdul Malek..
smg kita snts trgolong dlm golongan yg mndapat rahmat dan lndungan Ilahi..
Amin...

JIHAD FI SABILILLAH..!!

Anonymous said...

tahniah kepada fasi2 yg terlibat...
asif tk dpt turut serta..

jgn segan silu tuk inform ana kalo memerlkan bantuan...

i'allah..ana akan tolong sedaya yg termampu...

kepada adik2...

..JaGa DiRi,JaGa ImAn,HiASi PeRiBaDi...

Anonymous said...

harap2 kem profesionalisme itu akn meninggalkn impak yg bsr t'hdp adik2 pemimpin shams.smoga akn diteruskn utk bakal pemimpin shams pd thn hdpn.sy cdgkn diadakn post mortem utk melihat sejauh mana keberkesanan dan p'ubhn yg b'jaya dilaksanakn oleh mpp & bdn pgws shams.

Copyright © 2009 - Hidupkan Tradisi Alumni - Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template || Jackster ||